SEMAKAN ID DAN PASSWORD FROG VLE GURU 2017

KLIK GAMBAR UNTUK LOGIN

postimage


Untuk cara Login yang lebih mudah, anda diminta untuk membuka pautan di atas melalui "New Tab". Caranya dengan menekan "Scroll Wheel" di tengah "Mouse" atau "Right click" dan pilih "Open link in new tab".

Pertandingan Kebersihan Kelas (Minggu 24-28 Mei 2010)

Tahniah..5 Wira Juarai Pertandingan Kebersihan Kelas Mingguan
Ketua Darjah 5 Wira menerima piala kebersihan kelas

Pada 31 Mei 2010, Darjah 5 Wira telah dinobatkan sebagai pemenang mingguan Pertandingan Kebersihan kelas bagi minggu 24-28 Mei 2010 yang lalu. Darjah 5 Wira telah mendapat undian yang tertinggi iaitu 91 markah. Piala Pusingan pertandingan tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar SKTS En Amir Abdul Rahman Mior Hamzah.

Regu Sepak Takraw SKTS Melakar Sejarah

SK Tualang Sekah Melakar Sejarah Dalam Permainan Sepak Takraw

Sekalung ucapan tahniah kepada pasukan sepaktakraw sekolah kerana telah berjaya melakar kemenangan di peringkat Zon dan menjadi naib juara di peringkat Daerah Kinta Selatan.Pasukan ini di bawah pimpinan En Aminuddin Ayub selaku pengurus dan jurulatihnya.

Di peringkat Zon Regu SKTS telah menewaskan 5 buah sekolah pencabarnya dan menjadi juara di peringkat tersebut.Manakala di peringkat Daerah pula Regu SKTS telah tewas kepada SK Ulu Geruntum dan bergelar naib juara.

Di atas kejayaan ini, 3 orang pemain telah dipilih untuk mewakili Daerah Kinta Selatan ke peringkat Negeri Perak manakala En Aminuddin telah dilantik sebagai Jurulatih Sepak Takraw Daerah Kinta Selatan.

Kejayaan ini adalah merupakan kali ke 7 berturut-turut Regu Sepak Takraw sekolah ini memasuki ke perlawanan akhir di peringkat daerah.


Kem Pembangunan Sahsiah Awal Remaja Sekolah-Sekolah Zon Malim Nawar- 19-21 Mei 2010 Tempat : SK Tualang Sekah

Lawatan Kecemerlangan Muhibbah ke UiTM Seri Iskandar, Perak 15 Mac 2010

Kursus Kepimpinan Murid 2010

Tahniah..! Cikgu Razif..

Tahniah....Cikgu Razif
& Cikgu Siti

Kelahiran baby pertama..
Semoga dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah

Mohammad Zharif Adam
'Buai laju-laju sampai pucuk ara
Kasih pada ibu hormat pada bapa'
Banyak minum susu, besar bijaksana,
Bila bijak belajar, dapat kerja besar,
bila sudah kaya jangan lupa saudara,
kasih pada ibu bapa jangan dilupa,
kasih pada negara, berbaktilah padanya'


nukilan- nazri