SEMAKAN ID DAN PASSWORD FROG VLE GURU 2017

KLIK GAMBAR UNTUK LOGIN

postimage


Untuk cara Login yang lebih mudah, anda diminta untuk membuka pautan di atas melalui "New Tab". Caranya dengan menekan "Scroll Wheel" di tengah "Mouse" atau "Right click" dan pilih "Open link in new tab".

KGKT



PERLEMBAGAAN KELAB GURU & KAKITANGAN (KGKT)
 


SEKOLAH  :  SK TUALANG SEKAH MALIM NAWAR


NAMA DAN ALAMAT

1.      Persatuan ini dikenal dengan nama

KELAB KEBAJIKAN, AMAL & REKREASI GURU DAN KAKITANGAN
SK TUALANG SEKAH

2.      Alamat Persatuan

SK Tualang Sekah, Jalan Malim Nawar, 31700 Malim Nawar, Perak


TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN

3.      Tujuan-tujuan persatuan ialah:-

a)      untuk mengadakan  sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan, keperluan, dan kemajuan guru-guru dan kakitangan sekolah dalam meningkatkan imej dan mutu sekolah.

b)      untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan guru-guru dan kakitangan sekolah dalam kegiatan mereka.

c)      untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara guru-guru dan kakitangan sekolah.

d)     menjadi perantara antara guru-guru dan kakitangan sekolah dengan pihak pentadbir, PIBG dan pelbagai kesatuan yang berkenaan.


FUNGSI PERSATUAN

4.      Fungsi persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan seperti yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;

a)      membantu dalam memberi khidmat kebajikan dan keperluan kepada semua ahli.

b)      menambah sumber kewangan kelab dan meningkatkan kemudahan untuk semua ahli.

c)      mewujudkan suasana yang kondusif serta merancang aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk memenuhi keperluan riadah kepada semua ahli.

d)     menyediakan saluran komunikasi dalam menyelesaikan pelbagai isu dan masalah di kalangan ahli-ahli antara pihak sekolah, ibu bapa, pertubuhan dan komuniti.

  

KEANGGOTAAN PERSATUAN

5.      Anggota persatuan terdiri daripada:

a)      semua guru di sekolah;

b)      semua kakitangan bukan guru di sekolah


JAWATANKUASA PERSATUAN

6.      Persatuan hendaklah diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Kelab Kebajikan, Amal & Rekreasi Guru dan Kakitangan SK Tualang Sekah”.

7.      Jawatankuasa Kelab Kebajikan, Amal & Rekreasi Guru dan Kakitangan SK Tualang Sekah hendaklah dilantik oleh anggota kelab pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.

8.      Keanggotaan jawatankuasa adalah seperti berikut:

a)      seorang Pengerusi;

b)      seorang Naib Pengerusi;

c)      seorang Setiausaha;

d)     seorang Naib Setiausaha;

e)      seorang Bendahari; dan

f)       TUJUH orang ahli jawatankuasa

9.      Guru besar dan Penolong Kanan dilantik sebagai Penasihat Kelab dan berperanan memberi sumbangan idea dan cadangan yang berkesan bertujuan membangunkan kelab.

10. Pengerusi Kelab berhak melantik mana-mana individu sebagai Penasihat Khas beliau.

11.  Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa Persatuan, Pengerusi hendaklah melantik mana-mana anggota biasa persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan jawatankuasa untuk mengisi kekosongan jawatan itu dengan serta merta.

12.  Tempoh memegang jawatan adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya.



YURAN KEAHLIAN

13.  Setiap ahli WAJIB membayar yuran bulanan persatuan berkuatkuasa dari bulan Januari hingga Oktober (pindaan perlembagaan Oktober 2015) mengikut kategori berikut:

a)      Ahli Guru (AG) RM 10.00

b)      Ahli Kakitangan (AK) RM 5.00

14.  Ahli yang tidak menjelaskan yuran bulanan akan dikenakan yuran tertunggak dan mesti menjelaskan kesemuanya sekali gus apabila diminta berbuat demikian oleh Bendahari.

15.  Mana-mana ahli yang ingkar dan tidak mahu menjelaskan yuran tertunggak, maka keahliannya akan dilucutkan serta hilang segala hak dan keistimewaannya.

16.   Parkir Kereta Berbumbung

a)      SEMUA GURU & KAKITANGAN yang menggunakan kemudahan parkir kereta berbumbung akan dikenakan bayaranRM5.00 sebulan berkuatkuasa bulan Mei 2011.

b)       SEMUA GURU sesi pagi dan petang yang berkongsi kemudahan parkir kereta berbumbung akan dikenakan bayaran RM2.50 seorang pada setiap bulan berkuatkuasa bulan Mei 2011. Sehubungan dengan itu, sila kenal pasti rakan kongsi masing-masing dan maklumkan kepada Pengerusi Kelab.

c)      Sekiranya berlaku kekosongan tempat parkir kereta (kecuali parkir kereta berlabel) kerana anggota bertukar / bersara, keutamaan akan diberikan berdasarkan SENIORITI / TEMPOH BERKHIDMAT anggota di sekolah ini.

d)     Parkir kereta berlabel Guru besar, PK1, PK HEM, PK KOKO/PK Petang adalah dalam kategori TERHAD dan dikhaskan atas nama pentadbir sekolah yang dilantik.
Anggota-anggota lain TIDAK DIBENARKAN menggunakan kemudahan parkir ini.

e)      Semua anggota DIGALAKKAN untuk menggunakan kemudahan parkir kereta berbumbung yang disediakan ini.  


KEBAJIKAN AHLI

17.  Setiap ahli LAYAK menerima perkara berikut:

a)      Cenderahati perkahwinan semasa berkhidmat di sekolah ini bernilaiRM50.00.
(TIADA HAD selagi dibenarkan oleh syarak atau undang-undang agama)


b)      Cenderahati kelahiran anak pertama di sekolah ini bernilai RM30.00.


c)      Cenderahati pertukaran / persaraan wajib / persaraan pilihan
(pindaan Oktober 2015)

Kadaran nilai mengikut tahun perkhidmatan seperti:

TAHUN PERKHIDMATAN
NILAI HADIAH
1 – 3     tahun
RM 50
4 – 8     tahun
RM 100
9 – 15   tahun
RM 150
16 – 20 tahun
RM 200
Ø  21 tahun
RM 250

*TIDAK LAYAK menerima hadiah jika berkhidmat kurang daripada 12 bulan.

*Majlis, tentatif dan jamuan pertukaran / persaraan wajib / persaraan pilihan akan ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa


d)     Sakit : Jika ada ahli yang sakit dan dirawat di hospital (kecuali bersalin) selama seminggu atau lebih akan menerima sumbangan bernilai RM50.00.

e)      Kecemasan : Jika ada ahli yang ditimpa kecemasan seperti pecah rumah, kebakaran, dan seumpamanya, kutipan derma kilat akan dilancarkan serta merta.

f)       Derma khairat akan diwujudkan dengan cara kutipan dan sumbangan ikhlas.

g)      Lain-lain bentuk sumbangan atau derma bernilai RM10.00


PINDAAN PERLEMBAGAAN

18.  Pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh Jawatankuasa Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan sahaja berdasarkan persetujuan daripada ahli.



MESYUARAT

19.  Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan dalam bulan April pada tahun yang berikutnya.

20.  Mesyuarat Tergempar akan diadakan atas permintaan bertulis 2/3 daripada ahli atau atas permintaan Guru besar dengan persetujuan Pengerusi.

21.  Mesyuarat AJK diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun atau berdasarkan keperluan. Pengerusi, Naib Pengerusi atau kedua-duanya sekali mesti hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.

22.  Semua AJK yang dilantik mesti hadir bermesyuarat kecuali ada hal-hal lain atau dengan kebenaran Pengerusi.


DEKLARASI

23.  Berkuatkuasa SERTA MERTA:

a)      SEMUA jenis urusan jualan langsung produk serta perkhidmatan termasuk kad kredit/debit/charge card dari mana-mana syarikat dan institusi perbankan TIDAK DIBENARKAN MASUK dan menjalankan urus niaga di dalam kawasan premis sekolah.

b)      Pengerusi dan semua AJK Kelab diberi hak dan kuasa untuk menghalang mana-mana pihak seperti dinyatakan di perenggan 22a. di atas daripada menceroboh premis sekolah sekiranya pihak pentadbir sekolah gagal berbuat demikian.

c)      Perkara seperti dinyatakan di perenggan 22a. di atas tidak meliputi urusan jual beli yang dilakukan di luar premis sekolah.  




AKTIVITI KGKT

MAJLIS HARI GURU 2015