1 Malaysia
Alhamdulillah, pihak sekolah telah berjaya menghasilkan laman blog sendiri sebagai asas penyampaian maklumat yang berkesan.
Adalah diharapkan melalui laman blog ini interaksi antara ibu bapa, murid, guru-guru, dan sekolah dapat ditingkatkan. Segala sumbangan buah fikiran amatlah diperlukan di samping kerjasama yang berterusan dalam menghasilkan murid yang cemerlang dan menjadi harapan keluarga dan negara.
Proses pendidikan perlukan kerjasama semua pihak yang berkepentingan. Segala gagasan dan perancangan kementerian dan sekolah sewajarnya disambut penuh komitmen oleh semua pihak termasuk guru dan ibu bapa.
Adalah diharapkan, blog ini akan menjadi wadah permulaan pengembelingan usaha ke arah menjadikan SKTS sebagai sebuah sekolah yang berstatus cemerlang, gemilang dan terbilang.