SEMAKAN ID DAN PASSWORD FROG VLE GURU 2017

KLIK GAMBAR UNTUK LOGIN

postimage


Untuk cara Login yang lebih mudah, anda diminta untuk membuka pautan di atas melalui "New Tab". Caranya dengan menekan "Scroll Wheel" di tengah "Mouse" atau "Right click" dan pilih "Open link in new tab".

Syabas & Tahniah ..Adik Ezham Alif Daniel Johan Kebangsaan Pertandingan Bercerita Kisah Al Quran

Adik Ezham Alif Daniel ..Johan Kebangsaan Pertandingan Bercerita Kisah AlQuran

Ezham Alif Daniel Amran adalah merupakan murid Tahun 5 sekolah telah menjadi Johan Dalam Pertandingan Bercerita Kisah dari Al Quran yang diadakan di Terengganu pada 2 Jun 2010 yang lalu. Beliau telah mewakili Negeri Perak dalam pertandingan tersebut. Adik Ezham adalah dibawah asuhan Pn Sarwani Ghazali , Guru Pendidikan Islam SKTS.

Intisari Berita

Rawatan Pergigian


MINGGU RAWATAN PERGIGIAN
24 Mei - 4 Jun 2010
oleh Klinik Kesihatan Gopeng


Program Peningkatan Akademik ( SMART)


Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6
Pada 31 Mei 2010 ( Isnin)
4.00pm-6.50pm
Dewan Besar SKTS











Majlis perjumpaan kali ke 2 ini diadakan bagi membentangkan dan membincangkan berkaitan pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam peperiksaan PKSR 1 yang telah diadakan baru-baru ini. Majlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada ibu bapa. Turut hadir ke majlis tersebut , YB Cik Nolee Asheleen Dato' Mohd Radzi ( ADUN Tualang Sekah) yang turut sama menyampaikan ucapan sokongan dan semangat kepada hadirin yang hadir.

Majlis tersebut diakhiri dengan penyerahan slip keputusan PKSR 1 kepada ibu bapa murid.

Kejohanan Bola Jaring MSSPK

Team Bola Jaring SKTS Tempat Ketiga Peringkat Daerah Kinta Selatan


Pasukan Bola Jaring sekolah telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan bola jaring di peringkat Daerah Kinta Selatan yang diadakan di SK St .Benedette Convent, Batu Gajah baru-baru ini. Walaupun mempunyai kelebihan dalam permainan, namun nasib tidak menyebelahi pasukan asuhan Pn Sapina Che Ani.Mereka kalah di pusingan separuh akhir dalam melayakkan diri ke pertandingan akhir kejohananan tersebut. Seramai 5 orang pemain telah dipilih untuk mewakili Daerah Kinta Selatan ke peringkat Negeri Perak. Syabas ...diucapkan kepada semua pemain dan krew-krew bola jaring sekolah atas sumbangan anda yang telah mengharumkan nama sekolah ini.

Nurul Fatihah Ke Peringkat Akhir 'Spell It Right Challenge 2010'

Tahniah ! ...Nurul Fatihah Muhammad Zulfazlee Berjaya ke Peringkat Akhir National Spell It Right Challenge' 2010

Baru-baru ini New Strait Times And Group telah menganjurkan National Spell It Right Challenge' 2010 yang berlangsung di Ipoh. Seramai 4 orang murid sekolah ini telah menyertai pertandingan tersebut, mereka adalah adik Nur Nabilah Hasnol Hisham, Syed Muhammad Faiez Syed Jaafar, Nurul Fatihah bt Muhammad Zulfazlee dan adik Nurul Izzah Mohammad Yuri. Adik Nurul Fatihah merupakan murid Tahun 6 sekolah ini telah berjaya layak ke pusingan akhir di pertandingan tersebut.

Pasukan ini adalah di bawah pimpinan En Arshad Karam Din dan Pn Sukma Suria Abd Rahman.


Peserta menerima sijil penyertaan