SEMAKAN ID DAN PASSWORD FROG VLE GURU 2017

KLIK GAMBAR UNTUK LOGIN

postimage


Untuk cara Login yang lebih mudah, anda diminta untuk membuka pautan di atas melalui "New Tab". Caranya dengan menekan "Scroll Wheel" di tengah "Mouse" atau "Right click" dan pilih "Open link in new tab".

Regu Sepak Takraw SKTS Melakar Sejarah

SK Tualang Sekah Melakar Sejarah Dalam Permainan Sepak Takraw

Sekalung ucapan tahniah kepada pasukan sepaktakraw sekolah kerana telah berjaya melakar kemenangan di peringkat Zon dan menjadi naib juara di peringkat Daerah Kinta Selatan.Pasukan ini di bawah pimpinan En Aminuddin Ayub selaku pengurus dan jurulatihnya.

Di peringkat Zon Regu SKTS telah menewaskan 5 buah sekolah pencabarnya dan menjadi juara di peringkat tersebut.Manakala di peringkat Daerah pula Regu SKTS telah tewas kepada SK Ulu Geruntum dan bergelar naib juara.

Di atas kejayaan ini, 3 orang pemain telah dipilih untuk mewakili Daerah Kinta Selatan ke peringkat Negeri Perak manakala En Aminuddin telah dilantik sebagai Jurulatih Sepak Takraw Daerah Kinta Selatan.

Kejayaan ini adalah merupakan kali ke 7 berturut-turut Regu Sepak Takraw sekolah ini memasuki ke perlawanan akhir di peringkat daerah.