SEMAKAN ID DAN PASSWORD FROG VLE GURU 2017

KLIK GAMBAR UNTUK LOGIN

postimage


Untuk cara Login yang lebih mudah, anda diminta untuk membuka pautan di atas melalui "New Tab". Caranya dengan menekan "Scroll Wheel" di tengah "Mouse" atau "Right click" dan pilih "Open link in new tab".

PENTADBIRAN




Panduan Am Guru

1.0     PANDUAN AM GURU & STAF SOKONGAN


1.1        ASAS PENGURUSAN SEKOLAH

i)          Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Kementerian Pelajaran.
ii)             Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Misi dan Visi Sekolah.
iii)            Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Misi, Visi, Matlamat dan Objektif Sekolah.
iv)            Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
v)             Guru perlu meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan peribadi dalam menjalankan tugas di sekolah.
vi)            Penekanan terhadap disiplin akan menjadi agenda utama dalam usaha mencapai kecemerlangan sekolah. Sehubungan itu semua guru adalah perlu bertindak sebagai guru disiplin.
vii)           Dalam usaha membantu pembentukan sahsiah terpuji, semua guru boleh memberi sumbangan dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.

1.2        KEDATANGAN

i)          Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
ii)             Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu persekolahan dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah di pejabat.
iii)            Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
iv)            Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.
v)             Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

1.3        KELUAR WAKTU BERTUGAS

i)          Pada waktu persekolahan/kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan.
ii)             Guru dikehendaki mencatat pergerakan keluar dalam buku yang disediakan di pejabat dan dapatkan tandatangan Pengetua / Penolong Kanan. 
iii)            Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah.
iv)            Staf sokongan dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Pengetua atau wakilnya dan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan sebagai tanda kebenaran.
v)             Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula.















1.4        MELAKUKAN KERJA LUAR

i)          Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut:-
4.1.1       Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
4.1.2       Dibenarkan dengan syarat :-
-           Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
-           Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
-           Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.
ii)             Berhubungan dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (1) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM50,000 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

1.5        CUTI

i)          Cuti Rehat/Cuti Penggal

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua/Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar biasa.

ii)             Cuti Rehat Khas (CRK)
5.1.1       Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender; dan
5.1.2       Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.
5.1.3       Cuti ini layak kepada semua guru termasuk.Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.
5.1.4       Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5.1.5       Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1 (ix) Bab C ).

iii)            Cuti Sakit
                                                 a)                  Sijil Sakit yang dikeluar oleh doktor swasta melebihi 15 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
                                                 b)                  Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 180 hari dalam setahun.
                                                 c)                  Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.

iv)            Cuti Keluar Negara

                                                 a)                  Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.




v)             Cuti Khas – Isteri bersalin
                                                 a)                  Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertaluk kepada kepentingan perkhidmatan.

vi)            Cuti tanpa rekod
                                                 a)                  Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.

vii)           Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat.
                                                 a)                  Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuit termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertaluk kepada kepentingan perkhidmatan.

viii)          Cuti Tanpa Gaji
                                                 a)                  Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
                                                 b)                  Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
                                                 c)                  Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun    perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
                                                 d)                  Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
                                                 e)                  Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan handaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

**Guru dan staf sokongan dikehendaki mencatatkan hari cuti pada papan kenyataan yang disediakan.


1.6          PAKAIAN

i)              Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat timur.
ii)             Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
iii)            Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
iv)            Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu,. Guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung / bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
v)             Semua guru digalakkan memakai pakaian batik pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan.
vi)            Guru yang mengajar pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
-           Guru perempuan seluar trek atau seluar panjang yang sesuai,
Kemeja T, kemeja sukan, baju trek., kasut sukan atau kasut getah   tanpa tumit.
-           Guru lelaki : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai kemeja T,
kemeja sukan , baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
vii)           Apabila menjalankan P & P di dalam bilik darjah, pakaian guru mestilah mengikut ketetapan 6.1 hingga 6.4 (rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985)



1.7          TANDA NAMA

i)              Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di  sekolah atau di luar sekolah.


1.8          BILIK GURU

i)              Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan dibilik guru.
ii)             Guru yang berada dibilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman orang lain.
iii)            Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
iv)            Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
v)             Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik hendaklah memastikan semua komputer, lampu, air-cond dipadamkan dan semua pintu dikunci.


1.9          MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

i)              Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran
ii)             Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Penolong Kanan atau Pengetua.

1.10        TUGAS

i)              Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertangungjawab.
ii)             Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah, arahan tersebut hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran
iii)            Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan mengunakan borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat Sekolah (rujuk Lampiran B).
iv)            Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan “In House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada Penolong Kanan / Pengetua, tarikh dan masa pelaksanaannya.
v)             Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Bidang.

1.11        BUKU REKOD MENGAJAR

i)              Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani.
ii)             Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan untuk urusan guru pengganti.
iii)            Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah.



1.12        JADUAL WAKTU MENGAJAR

i)              Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
ii)             Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaranPengetua.
iii)            Guru Tingkatan (Akademik) hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.


1.13        KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

i)              Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada Penolong Kanan HEM.
ii)             Ketua Panitia / Guru Kanan mata pelajaran hendaklah memastikan peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain disediakan serta ditampal.


1.14        KEBERSIHAN

i)              Semua guru bertanggujawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.
ii)             Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains., makmal bahasa dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
iii)            Semua guru, staf sokongan dan pelajar sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah.

1.15            SURAT MENYURAT

i)              Semua surat rasmi yang menggunakan letter-head sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
ii)             Surat-surat keluar yang ditulis oleh  guru kepada Kementerian, Jabatan, PPD dan sekolah lain hendaklah melalui Pengetua

1.16            SURAT YANG DITERIMA

i)              Surat yang diterima oleh sekolah berkaitan dengan tugas mesti diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat  tersebut.
ii)             Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
iii)            Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaaan, maka guru itu, hendaklah :
a)     Menyimpan satu salinan surat di dalam fail peribadi.
b)    Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan, maka guru perlu berurusan dengan staf sokongan di pejabat untuk menyediakan surat iringan. Satu salinan disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.






1.17        URUSAN DENGAN JPN/PPD

i)              Guru dan staf sokongan tidak digalakkan terus pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi atau perkhidmatan  kecuali jika diarahkan berbuat demikian / dengan pengetahuan Pengetua.

1.18        PELAWAT /JURUJUAL

i)              Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua /Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua / wakilnya .


1.19        PEMBELIAN BARANG

i)              Setiap pembelian barang dengan kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan borang pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah.
ii)             Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
iii)            Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan Borang Pesanan Tempatan (Local Order/LO).
iv)            Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekod no. daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok / Kew PA dengan tepat dan kemas.

1.20        KEGIATAN KOKURIKULUM

i)              Semua guru ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan mengikut jadual yang ditetapkan.
ii)             Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.

1.21        PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

i)              Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.
ii)             Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
iii)            Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah.

1.22        MESYUARAT GURU

i)              Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.
ii)             Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia.
iii)            Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja.



1.23        ACARA/MAJLIS RASMI SEKOLAH / MESYUARAT / KURSUS DALAMAN

i)              Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman.
ii)             Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.
iii)            Guru dan staf sokongan digalakkan memakai batik sekolah semasa majlis rasmi.

1.24        PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT

i)              Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata supaya wujud perasan kekitaan dalam organisasi dan mengelakkan ketegangan hubungan .
ii)             Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan sesama rakan atau pun pelajar sekolah ini.
iii)            Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.



1.25        KEAHLIAN KELAB GURU/PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)

i)              Semua guru dan kakitangan sokongan secara automatik menjadi ahli kelab guru dan kakitangan.
ii)             Semua guru adalah ahli PIBG.

1.26        ARAHAN DAN PEKELILING.

i)              Setiap arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
ii)             Sekiranya arahan dan Pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail peribadi.

1.27        PENGGUNAAN ALAT-ALAT

i)              Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
ii)             Mesti mendapat kebenaran daripada pengurus stok dan direkodkan.
iii)            Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
iv)            Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.

1.28        TELEFON

i)              Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah tidak mengguna telefon sekolah untuk urusan peribadi.
ii)             Guru tidak dibenar menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat.


1.29        KUNCI

i)               Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
ii)              Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.

1.30        BUKU STOK/INVENTORI – KEW PA

i)              Ketua Panitia dan Setiausaha Jawatankuasa bertangungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini, setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta ).
ii)             Guru Kanan Mata Pelajaran /Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Penolong Kanan/Pengetua.

1.31        KOMPUTER RIBA/LCD PROJEKTOR

i)              Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD Projektor hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan.
ii)             Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk P&P sebagaimana objektif penggunaannya.
iii)            Keselamatan komputer dan LCD adalah tanggungjawab sepenuhnya kepada penyimpan dan mesti diserahkan ke pejabat apabila cuti akhir tahun.
iv)            Lapor segera sekiranya berlaku kerosakan untuk tujuan baik pulih.
v)             Proses peminjaman dan pemulangan alatan ini hendaklah direkodkan dalam borang yang disediakan.