SEMAKAN ID DAN PASSWORD FROG VLE GURU 2017

KLIK GAMBAR UNTUK LOGIN

postimage


Untuk cara Login yang lebih mudah, anda diminta untuk membuka pautan di atas melalui "New Tab". Caranya dengan menekan "Scroll Wheel" di tengah "Mouse" atau "Right click" dan pilih "Open link in new tab".

Program Nilam

Program Nilam merupakan salah satu program yang bertujuan memupuk minat membaca di kalangan murid-murid. Setiap buku yang dibaca akan dicatat dan murid yang paling banyak membaca akan diberikan hadiah. Selaras dengan saranan tersebut, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan satu aktiviti yang bertujuan untuk mencapai matlamat Membaca Nilam tersebut. Aktiviti membaca di waktu pagi secara berkumpulan telah dilaksanakan.

Pembelajaran secara bersantai bukan sahaja menyeronokkan malah akan merangsang pemikiran , mewujudkan interaksi sesama rakan dan mengurangkan stress murid ketika menghadapi pembelajaran.

Aktiviti membaca ini bermula sebelum waktu persekolahan iaitu pada awal pagi sebelum waktu kelas bermula. Murid akan berkumpul di dataran perhimpunan secara berkumpulan. Murid-murid juga diberi kebebasan untuk membawa buku sendiri atau meminjam di pusat sumber. Di samping itu, murid-murid juga diberikan peraturan dan syarat yang perlu diikuti.