Baru-baru ini satu bengkel teknik menjawab soalan UPSR telah diadakan di sekolah ini. Bengkel ini bermula pada 19 Mei dan akan berakhir pada 25 Mei 2010. Seramai 76 murid Tahun 6 telah terlibat dalam bengkel tersebut. Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan Sekolah yang bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bentuk-bentuk soalan yang akan dihadapi dalam peperiksaan. Di samping , dapat membantu meningkatkan kefahaman murid berkaitan kaedah dan teknik menjawab secara lebih berkesan.
Pengisian ceramah dan bengkel ini telah disampaikan oleh para penceramah jemputan dari kalangan guru pemeriksa kertas UPSR yang terdiri daripada En Mohd Issam Hayy ( Bahasa Inggeris), Pn Rohana bt Zakaria ( Matematik), Pn Noraini bt Razak ( Bahasa Melayu) dan Pn Zalmah bt Yaakob ( Sains). Program ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada
murid-murid.
murid-murid.
Murid tekun mendengar dan membuat latihan yang diberikan