SEMAKAN ID DAN PASSWORD FROG VLE GURU 2017

KLIK GAMBAR UNTUK LOGIN

postimage


Untuk cara Login yang lebih mudah, anda diminta untuk membuka pautan di atas melalui "New Tab". Caranya dengan menekan "Scroll Wheel" di tengah "Mouse" atau "Right click" dan pilih "Open link in new tab".

Visi & Misi Unit Bimbingan


PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
UNIT BIMBINGAN

VISI
Menjadikan SK Tualang Sekah Pusat Komuniti Berilmu Yang Terbilang

MISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan berkualiti secra menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.



LATAR BELAKANG

KEKUATAN
1 Guru Bimbingan yang terlatih.
2 Penguatkuasaan peraturan dan disiplin yang kemas. (Guru Disiplin)
3 Mempunyai guru cemerlang.
4 Latar belakang keluarga murid yang mementingkan pendidikan.
5 Guru Pendidikan Islam yang terlatih.
6 Kerjasama dan komitmen yang tiggi daripada guru dan kakitangan.
7 Sekolah berdekatan dengan jabatan kerajaan yang berkaitan.

PELUANG
1. Bantuan sumber daripada agensi luar ( kerajaan, swasta dan NGO).
2. Sokongan PIBG yang jitu.
3. Keprihatinan kepimpinan dan masyarakat setempat.
4. Kerjasama daripada ahli korporat tempatan.

KELEMAHAN
1. Kelemahan dalam penyaluran maklumat daripada pihak yang tertinggi kepada pihak sekolah.
2. Terlalu ramai murid yang buta huruf.
3. Persekitaran yang tidak kondusif.
4. Murid yang ramai dan suasana bilik darjah yang tidak selesa.
5. Kesedaran masyarakat yang tidak menyeluruh.
6. Keadaan di dalam dan luar persekitaran sekolah yang luas dan tidak teratur sukar untuk dikawal.
7. Infrastruktur bangunan sekolah yang lama dan usang tidak menjamin keselamatan murid.
8. Kekurangan dana untuk melaksanakan program.
9. Kurangnya pemantauan daripada pihak atasan.

ANCAMAN
1. Keadaan sekolah yang berdekatan dengan jalan raya utama.
2. Kelewatan pihak berkaitan bertindak.
3. Karenah birokrasi dan terlalu prosedur menghalang kelicinan sesuatu proses kerja.
4. Keadaan infrastruktur bangunan sekolah yang usang.
5. Kurangnya sokongan parti-parti politik dan masyarakat setempat.
6. Keadaan masyarakat yang kurang berpendidikan.

MATLAMAT STRATEGIK
Membangun dan membantu meningkatkan kecemerlangan murid dari aspek akademik, matovasi dan jati diri, psikososial dan kesejahteraan mental dan kerjaya ke arah pembangunan diri yang menyeluruh.

OBJEKTIF
1. Murid dapat menguasai kemahiran belajar dengan lebih berkesan.
2. Murid dapat gambaran yang jelas tentang peluang penempatan yang sesuai dengan kelayakan selepas tamat UPSR.
3. Murid dapat galakan dan motivasi untuk mencapai sesuatu kejayaan.
4. Murid dapat menentukan hala tuju dan matlamat diri ke arah kecemerlangan diri.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK TUALANG SEKAH 2010


Teras PIPP

Aktiviti/Program


Perlantikan

Jawatankuasa

& Pemantapan

Gerak kerja

Unit Bimbingan & Kaunseling

i. Perlantikan ahli jawatankuasa Unit

Bimbingan Sekolah.

ii. Penerangan dan pembahagian tugas biro.

iii. Melaksanakan mesyuarat Jawatan kuasa.

iv. Membentuk pelan tindakan setiap biro.

v. Melaksanakan program dan aktiviti.

vi. Membuat penilaian setiap program.

vii. Membuat laporan aktiviti.


1.

Membina negara bangsa

i. Mengadakan program pembangunan

sahsiah murid.


ii. Mengadakan Program Pemantapan Rohani.


iii. Mengadakan Pertandingan Berasaskan

Semangat Patriotik.


iv. Mengadakan ceramah mingguan berbentuk

bimbingan dan nasihat.


2.

Membangun modal insan

Mengadakan program/aktiviti berbentuk

Pembangunan Diri seperti ;


i. Melaksanakan bimbingan individu dan

Kelompok.


ii. Melaksanakan latihan Praktikal dalam

kelompok.


iii. Melaksanakan Kursus Kepimpinan.


iv. Melaksanakan Bengkel Kemahiran belajar.


v. Program Minggu Kesedaran Membaca.


vi. Pembimbing Rakan Sebaya.


vii. Ceramah Pengurusan Diri Dan Masa.


viii. Lawatan Sambil Belajar


x. Program Pendedahan Kerjaya


3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

mengadakan hubungan dengan pihak luar bagi meningkatkan kesedaran dikalangan ibubapa dan warga sekolah melalui :


i. Program Pemantapan Akademik. (PIBG).


ii. Ceramah Keselamatan.(POLIS,BOMBA)


iii. Ceramah Kesihatan.(P/KESIHATAN)


iv. Minggu Anti Dadah ( PEMADAM)


4.

Merapatkan Jurang Pendidikan

Melaksanakan motivasi bagi Meningkat kesedaran dan keyakinan diri murid melalui


i. Program Kesedaran IT


ii. Kempen Penggunaan Bahasa Inggeris


iii. Program “Saya Suka Datang Sekolah”


5. Memartabatkan Profesion Perguruan

i. Menghadiri kursus/ program untuk

meningkatkan kemahiran diri dalam

mengendalikan program dan kes-kes.


ii. Menganjurkan Program Motivasi Diri

Dan Kursus Pemantapan Pengajaran &

Pembelajaran untuk semua guru.


iii. Mengadakan In House Tranning


iv. Minggu Profesional dan Perkembangan

Staf


6.

Melonjakkan

Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Bagi meningkatkan dan mengekalkan prestasi cemerlang sekolah sebagai ;

a. Status Sekolah Harapan Negara

b. Kecemerlangan dalam akademik &

ko kurikulum

c. Sekolah Penanda Aras bagi Daerah

Kinta Selatan.


i. Menyediakan perkhidmatan menolong dan

membantu warga sekolah dari aspek

pengayaan, perkembangan, pencegahan dan

pemulihan.


ii. Mempelbagaikan program pendidikan yang

kreatif dan kritis.


iii. Mengadakan lebih banyak peluang kepada

murid dalam pelbagai aktiviti di dalam dan

luar sekolah.


iv. Membuat pemantauan terhadap setiap gerak

kerja yang dijalankan.


v. Mewujudkan suasana yang kondusif, selesa,

dan selamat serta kemudahan di sekolah.


vi. Mengemaskini data (SMM), fail dan rekod

murid.