SEMAKAN ID DAN PASSWORD FROG VLE GURU 2017

KLIK GAMBAR UNTUK LOGIN

postimage


Untuk cara Login yang lebih mudah, anda diminta untuk membuka pautan di atas melalui "New Tab". Caranya dengan menekan "Scroll Wheel" di tengah "Mouse" atau "Right click" dan pilih "Open link in new tab".

Bila Hari Guru Datang Lagi..

Bila Hari Guru Datang Lagi...
Pada hari itu..guru terlalu istimewa.

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ buat rakan-rakan seperjuangan. Seperti biasa sambutannya tetap meriah ,semeriah tahun-tahun yang lepas. Acaranya mudah dan ringkas, baca perutusan, ada aktiviti sikit dan kemudian guru dilambakan dengan hadiah daripada murid tidak kira miskin atau kaya. Murid tetap akan memberi mengikut kemampuannya. Pada hari itu, terasa dunia telah memberi penghargaan dan penghormatan yang tinggi terhadap pengorbanan seorang guru. Namun selepas itu
segala-galanya hilang dan kembali seperti biasa. Mengajar tetap mengajar, murid belajar tetap belajar.Begitulah guru akan diraikan setiap tahun tanpa menjenguk ke dalam hati..apakah sambutan ini memberi natijahnya kepada murid dan ibubapa atau masyarakat tentang kejayaan atau kecemerlangan seseorang guru itu atau sambutan ini hanya sebagai satu budaya sahaja atau hanya sekadar mengisi ruangan kosong di calendar. Natijahnya dapat dilihat apabila sesorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan, apabila ditanya’ Apakah rahsia kejayaannya, maka dijawabnya atas usahanya siang malam, atas sokongan ibu bapa dan bla...bla..bla lagi. Kadang-kadang tidak disebut nama gurunya atau..tiada langsung perkataan GURU. Betapa sukarnya untuk menyebut kalimat berharga “TERIMA KASIH ATAS PENGORBANANMU GURUKU”.
Sedarilah…..insaflah anak-anak diidikku...bahawa Imam Syafie pernah berkata “ Engkau tidak akan memperolehi ilmu kecuali dengan enam perkara iaitu dengan kecerdasan, semangat keras, rajin dan tabah, biaya yang cukup, bersahabat dengan guru”Oleh itu...jadikan “Sambutan Hari Guru sebagai satu hari keramat yang boleh memupuk keikhlasan, keinsafan dan penghargaan serta penghormatan terhadap penjuangan dan pengorbanan seorang guru. Berilah dia dengan perkataan yang mulia iaitu………...
“SELAMAT HARI GURU DAN TERIMALAH AKU SEBAGAI MURIDMU"