SEMAKAN ID DAN PASSWORD FROG VLE GURU 2017

KLIK GAMBAR UNTUK LOGIN

postimage


Untuk cara Login yang lebih mudah, anda diminta untuk membuka pautan di atas melalui "New Tab". Caranya dengan menekan "Scroll Wheel" di tengah "Mouse" atau "Right click" dan pilih "Open link in new tab".

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah adalah merupakan sekolah yang telah mencapai umurnya 100 tahun lebih penubuhannya. Pada asalnya Sekolah ini didirikan pada tahun 1890 di satu kawasan di Batu Karang, Jalan Kampar, Perak yang mempunyai 6 orang murid dan seorang guru bernama Cikgu Abdul Hamid b Semaun.

Pada tahun 1916 sekolah ini berpindah ke Kampung Tualang Sekah. Bangunan 20'X 10' menggunakan papan dan beratap nipah manakala bilangan muridnya 46 orang. *Sebuah bangunan baru dibina menggantikan yang lama sebagai bilik darjah dan dua buah rumah guru, pada tahun 1918. Bangunan ini berbentuk bumbung 'Minangkabau' dengan menggunakan daun bertam dan jumlah bilangan murid ketika itu seramai 67 orang.

Tahun 1933 guru besar ketika itu, Cikgu Daud b Hj Mohamad telah memecah tradisi masyarakat Melayu dengan membenarkan kanak-kanak perempuan bersekolah. Sebagai langkah awalnya beliau telah menempatkan anak perempuannya, Zaidah dan Asiah belajar di sekolah ini. Usaha ini menjadi ikutan penduduk setempat.

Setelah penempatan tentera Jepun ke Tanah Melayu tahun 1941, sekolah ini telah dijadikan markas tentera Jepun sehingga Feb, 1942. Disini juga dijadikan pusat mengajar bahasa Jepun kepada Orang Melayu sehingga 1945.

Pada tahun 1945 semasa era 'Bintang Tiga' ada cubaan membakar sekolah ini, tetapi dapat dipatahkan penduduk setempati aitu diketuai oleh Allahyarham Mustapha Muhammad dan Pandak Ahmad.
Dengan daya usaha penduduk kampung, sebuah bangunan dibina sebagai tambahan pada tahun 1949.

Tahun 1955 sekolah ini terus berkembang mendapat perhatian daripada Syarikat Perlombongan Anglo Oriental , sebuah padang permainan siap dibina dan digunakan dengan kos RM3980.00.
Nama Sekolah Melayu Tualang Sekah telah ditukar kepada Sekolah Umum Tualang Sekah iaitu pada Tahun 1957.

Menjelang tahun 1981 sebuah bangunan 2 tingkat dengan 7 bilik darjah, kantin dan pejabat di bina dan digunakan. Pada 29 Oktober 1981, Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Suhaimi b. Dato' Hj Kamaruddin, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

Pada tahun 2002 sekolah ini telah dinaiktaraf sebagai sekolah gred A dan sebuah makmal komputer telah dibina. Oleh kerana, aktiviti keagamaan tidak dapat dijalankan dengan sempurna, sebuah surau telah dibina atas inisiatif guru-guru yang diketuai Guru Besar, Pn Zora dan kontraktornya En. Zainal Abidin Ali dan sumbangan orang ramai, sebuah surau yang berukuran lebih 40' X 25' telah siap dibina.

Pada pertengahan tahun 2006, sebuah Astaka dan 2 buah gelanggang sepak takraw siap dibina. Astaka dan gelanggang tersebut adalah sumbangan daripada Bahagian Pembangunan Negeri, Perak. Dalam tahun ini juga SK Tualang Sekah telah dianugerahkan gelaran 'Sekolah Harapan Negara Kategori Luar Bandar' berikutan kejayaan sekolah mendapat 21 orang calon yang berjaya mendapat 5A. Pada ketika iaitu Pn Fatonah Soed sebagai Guru Besar turut dianugerahkan Tokoh Guru Daerah Kinta Selatan

Tahun 2007, sebuah bangunan Pra Sekolah telah dibina dan siap digunakan yang mengandungi 2 kelas iaitu 50 orang murid. Pada ketika itu terdapat 35 orang guru termasuk 3 orang guru j-QAF dan 2 orang guru Pra Sekolah. Jumlah murid keseluruhannya seramai 582 orang.

Pada Jun 2010 sebuah kabin yang berukuran 60 x 30 kaki telah siap dibina. Kabin ini akan digunakan sebagai bilik darjah. Bangunan kabin ini akan memuatkan 2 bilik darjah yang boleh menampung lebih kurang 70 orang murid. Bantuan kabin ini diperuntukkan oleh pihak Kementerian Pelajaran berdasarkan kekurangan bilik darjah yang dihadapi oleh sekolah ini.

Pada tahun 2012, sebuah bangunan tambahan Pra Sekolah telah dibina di kawasan belakang kantin sekolah. Bangunan tersebut dilengkapi sebuah kelas, dapur , bilik air dan sebuah taman permainan mini. Malangnya , bangunan ini dibina di atas gelanggang sepak takraw yang terbina sejak tahun 2006. Sejak itu sekolah tiada lagi gelanggang sepak takraw yang menjadi asas pembangunan sukan sepak takraw sekolah.

Pada pertengahan tahun 2015, sekolah telah mendapat peruntukan membaik pulih 3 buah bangunan kayu . Dalam proses baik pulih tersebut keseluruhan bumbung telah ditukar dan dindingnya dicat dengan warna oren sekaligus memberi wajah baru kepada bangunan warisan tersebut.

Dalam tahun ini juga SK Tualang Sekah terpilih sebagai Sekolah Transformasi Daerah Kinta Selatan di Program Transformasi Sekolah. Di bawah program ini diharapkan SK Tualang Sekah akan dapat melonjakkan lagi kecemerlangan dengan dibantu oleh pihak IAB, IPG, JPN dan juga PPD Kinta Selatan. Miss Susan, seorang perunding dari Leap Ed, United Kingdom turut dilantik bagi membantu perlaksanaan program tersebut.